Berita Auto

KTM X-Bow GT4 ditambah baik bagi musim 2018

KTM X-Bow GT4 yang merupakan hasil kerjasama antara KTM dan Reiter Engineering telah bertanding secara aktif dalam pelbagai siri perlumbaan sejak 2015. Kini, jentera itu telah diberi beberapa penambahbaikan bagi menghadapi musim 2018.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut ketua Reiter Engineering, Hans Reiter, penambahbaikan kali ini memfokuskan kepada jarak perbatuan lebih tinggi dan pada masa sama, kos operasi yang lebih rendah.

2018_ktm_x-bow_gt4_4

Untuk tujuan itu, X-Bow GT4 kini dilengkapi dengan transmisi Holinger yang dikatakan lebih berkuasa. Ia bukan sahaja dapat menampung 700 Nm tork, malah tahan sehingga 10,000 km. Sementara itu, komponen casis yang lain seperti ‘wishbone’ dan hab roda kini tahan sehingga 20,000 km, sekaligus menurukan kos operasi kepada €3.90 (RM18.94) bagi setiap km.

2018_ktm_x-bow_gt4_1

Bagi memenuhi keperluan pemandu, X-Bow GT4 juga didatangkan dengan unit kawalan enjin Motec M142, kotak fius elektrik, panel kawalan lebih mesra pengguna, Traction Control serta perehat kepala LMP.

2018_ktm_x-bow_gt4_3

Pasukan yang berminat untuk bertanding dalam siri perlumbaan seperti Pirelli World Challenge, China GT, Thailand SuperSeries dan sebagainya boleh memesan jentera ini pada harga €152,360 (RM739,745) setiap unit. Setakat ini, Reiter mensasarkan untuk menyiapkan 15 unit menjelang Februari 2018.

2018_ktm_x-bow_gt4_6

Previous post

Porsche Macan nampak hebat dengan 'livery' perlumbaan klasik

Next post

Kereta Konsep INFINITI Baharu Akan Membuat Debut Dunia Di Detroit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *