Perodua Tweckbot kembali sempena Krismas
Sambutan Krismas dan tahun baru bakal menjelang tiba dan untuk itu, Perodua menawarkan pemeriksaan 50 mata percuma sebagai sebahagian daripada kempen Tweckbot untuk memastikan kenderaan pelanggan berada dalam keadaan terbaik sepanjang musim cuti ini.
Tweckbot adalah pasukan perkhidmatan kenderaan mudah alih yang memeriksa kenderaan Perodua di lokasi terpilih semasa musim perayaan. Ini adalah program Tweckbot keempat yang diadakan pada tahun ini, dengan hampir 5,000 kenderaan diperiksa sejak program bermula pada tahun 2011.
Pasukan Tweckbot akan ditempatkan di Giant Hypermarket Kota Damansara pada 15 hingga 17 Disember ini dan akan beroperasi dari 10 pagi hingga 5 petang.
Pemeriksaan 50 mata itu merangkumi enjin, transmisi, penyejuk, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan sistem elektrik termasuk bateri dan lampu. Proses pemeriksaan mengambil masa 10 hingga 15 minit.
Bukan itu sahaja, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua turut berpeluang menikmati diskaun 20% ke atas alat ganti dan aksesori.
No Comment