Konsep / Lakaran / Intipan

Siap Sedia Untuk Kereta Lamborghini Sport 4 Pintu

Lamborghini baru sahaja menggemburkan saingan perniagaannya dengan pelancaran SUV pertama. Urus dijangka menggandakan jualan pembuat kereta super itu kepada 7,000 unit menjelang 2019.

Sekarang syarikat itu telah memutuskan untuk menambah kereta sport 2 + 2 GT yang boleh, menjelang akhir dekad yang akan datang, mendorong jualan jenama milik Audi ini m elebihi 10,000 buat kali pertama dalam sejarah 54 tahunnya.

Lamborghini kini berjinak dengan GT 2 + 2 tempat duduk yang akan menambah ruang dan keselesaan kepada prestasi super sport  yang mereka tawarkan di sektor itu. Pada masa yang sama, mereka beralih ke arah elektrifikasi, pertama dengan hibrid plug-in dan, apabila teknologi bateri benarkan prestasi gaya-Lamborghini, juga EV.

Urus akan mempunyai varian hibrid plug-in yang akan muncul pada awal 2020. Pengganti Aventador dan Huracan akan datang hanya sebagai hibrid plug-in. Ini adalah satu-satunya cara untuk mengekalkan prestasi dan memastikan bunyi enjin Lamborghini di samping mengurangkan pengeluaran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Ford Menggariskan Pelan Pertumbuhan Agresif Untuk China

Next post

Eksekutif Volkswagen Dihukum 7 Tahun Penjara Kerana Skandal Diesel

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *