Motosikal / Skuter / Roda

Sudah 60 tahun motosikal Honda dijual di Malaysia

Boon Siew Honda hari ini meraikan dua peristiwa penting iaitu ulangtahun ke-60 dalam perniagaan motosikal Honda di Malaysia dan pengeluaran yang ke-5 juta unit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia diraikan dalam satu majlis yang disertai oleh Dato’ Seri Ong Ka Chuan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dua (MITI), Dato’ Madani Bin Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Dato’ Surveyor Haji Rozali Bin Haji Mohamud, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai, Tuan Yang Terutama, Kiyoshi Itoi, Konsul Jeneral Negara Jepun di Pulau Pinang, Datuk Loh Kian Chong, Pengerusi Eksekutif Oriental Holdings Berhad, Seiji Kuraishi, Naib Presiden Eksekutif, Pegawai Eksekutif & Wakil Pengarah Honda Motor Co, Ltd, Dato’ Seri Loh Cheng Yean, Pengerusi Boon Siew Honda dan Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.

JCI_5397

Perniagaan motosikal Honda di Malaysia bermula pada tahun 1957 dengan pembukaan bilik pameran motosikal yang pertama oleh Boon Siew di Pitt Street, Pulau Pinang, dengan 50 unit Honda Cub yang diimport untuk jualan. Pada tahun 1969, syarikat ini memulakan produksi motosikal Honda di kilangnya di Pulau Pinang melalui kerjasama teknikal.

Image 1 - Honda Group Photo

Pada tahun 2008, Oriental Holdings Berhad dan Honda Motor membentuk usahasama untuk menubuhkan Boon Siew Honda, sebuah syarikat yang memfokuskan kepada pengeluaran dan penjualan motosikal Honda di negara ini. Selanjutnya pada tahun 2013, Boon Siew Honda mula beroperasi di kilang baru di Batu Kawan, Pulau Pinang, untuk menampung peningkatan permintaan tempatan.

Detik sejarah penting motosikal Honda di Malaysia:

1957 – Boon Siew Sdn Bhd (BSW) mula mengimport dan menjual motosikal-motosikal Honda.

1969 – Kilang pemasangan motosikal Honda dibina

1986 – Jumlah keseluruhan produksi mencapai 1 juta unit

1999 – Jumlah keseluruhan produksi mencapai 2 juta unit

2007 – Jumlah keseluruhan produksi mencapai 3 juta unit

2008 – Penubuhan Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH)

2011 – Jumlah keseluruhan produksi mencapai 4 juta unit

2013 – Pembuatan motosikal bermula di kilang baru di Batu Kawan

2017 – Jumlah keseluruhan produksi mencapai 5 juta unit dan menyambut ulangtahun 60 tahun perniagaan Honda di Malaysia.

Previous post

Pusat 3S Volkswagen Seremban dibuka

Next post

12 unit Volkswagen Beetle edisi terhad habis dijual dalam 20 minit

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *