Audi Sedia Cabar BMW 8-Series
Bos reka bentuk Audi, Marc Lichte berminat untuk membangunkan sebuah coupe mewah untuk menyaingi BMW 8-Series yang akan datang, tetapi dia tidak percaya bahawa permintaan pasaran pada masa ini cukup kuat untuk model sedemikian.
Apabila ditanya mengenai kekurangan Audi di segmen ini, Lichte berkata: “Saya suka bentuk coupe dua pintu, tetapi ia juga benar bahawa jumlah jualan untuknya lebih rendah daripada yang empat pintu. Pada masa yang akan datang, manalah tahu? Kami ada banyak idea ke arah itu. ”
Sektor coupe mewah sedang menikmati kebangkitan semula dengan 8-Series yang akan datang dan akan menyaingi Coupe Mercedes-Benz S-kelas, serta Polestar 1 yang baru – model pertama dari bahagian prestasi baharu Volvo.
No Comment