ETCM panggil semula 98,216 unit kenderaan Nissan
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) telah melanjutkan kempen panggilan semula untuk memaklumkan kepada pelanggan dan menggantikan modul inflator pada beg udara penumpang hadapan.
Dengan itu, ETCM mengesahkan bahawa sebanyak 98,216 unit kenderaan Nissan terlibat dalam masalah inflator beg udara penumpang hadapan Takata seperti berikut:
MODEL | TAHUN DIKILANGKAN | UNIT YANG TERJEJAS |
GRAND LIVINA (L10) CKD | April 2007 – Dec 2014 | 83,263 |
X-GEAR (L10) CKD | ||
NAVARA (D40) CBU & CKD | Dec 2006 – Dec 2014 | 14,953 |
Semua pelanggan yang terlibat akan diberitahu menerusi surat daripada TCEAS. Mereka yang menerima surat itu dinasihatkan supaya menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk mendapatkan temu janji. TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan tempoh operasi mereka dan kini ia dibuka 365 hari. Ini sekali gus memudahkan pelanggan untuk menyelenggara kenderaan pada hujung minggu serta cuti umum selain meningkatkan kapasiti aktiviti penggantian.
Kos buruh dan alat ganti untuk kempen panggilan ini adalah percuma.
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 untuk maklumat lanjut atau layari laman web www.nissan.com.my (klik pada ruang ‘Owners’ diikuti dengan ‘Recall Campaign’) bagi mengetahui sama ada kenderaan Nissan mereka terlibat dalam kempen panggilan semula ini atau sebaliknya.
No Comment