Ford kembali menyertai WRC
FIA telah mengumumkan bahawa Ford akan kembali ke kancah Kejohanan Rali Dunia (WRC) bagi musim 2018. Kali terakhir jenama itu melibatkan diri dalam sukan itu adalah pada tahun 2012 bersama dengan pasukan M-Sport.
Walaupun tidak mendapat sokongan teknikal daripada Ford, M-Sport berjaya merangkul gelaran juara pada kejohanan tahun lalu dengan Sebastian Ogier. Bagi saingan musim hadapan, pasukan itu akan dikenali secara rasmi sebagai M-Sport Ford World Rally Team.
Bercakap kepada Motorsport.com, ketua pasukan Malcolm Wilson berkata,” Kami mengalu-alukan tahap sokongan teknikal lebih tinggi dari Ford Performance. Mempertahankan dua kejuaran dunia akan menjadi tugas besar bagi kami tahun hadapan, jadi kami berterima kasih atas sokongan dari Ford.”
Pasukan dari Britain itu bakal bersaing dengan tiga lagi pasukan pengeluar iaitu Citroen Total Abu Dhabi WRT, Hyundai Shell Mobis World Rally Team dan Toyota Gazoo Racing WRT.
Antara tahun 1997 dan 2012, M-Sport bersama dengan Ford telah memenangi 52 perlumbaan serta kejohanan dunia pengeluar pada tahun 2006 dan 2007.
No Comment