Ford Ranger Raptor Akan Tiba Tidak Lama Lagi
Ford Thailand telah mengeluarkan video teaser bagi pikap Ranger Raptor baharu. Video yang dimuat naik di laman Facebook itu bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat mengenai pikap tersebut selain daripada pelancarannya pada tahun ini.
Berdurasi 30 saat, video tersebut menunjukkan ketahanan pikap trak itu apabila diuji di atas pelbagai jenis permukaan muka bumi termasuk pasir, bukit, lumpur dan air. Ia masih memakai pelekat penyamaran, namun kami menjangkakan reka bentuk yang hampir sama dengan Ranger 2019 yang didedahkan baru-baru ini.
Enjin yang bakal digunakan bagi model ini juga belum diketahui. Terdapat kemungkinan akan menggunakan enjin turbodiesel 3.2-liter Duratorq mahupun 2.3-liter EcoBoost seperti yang terdapat pada Mustang.
No Comment