Hyundai Dedah Lakaran Santa Fe Generasi Keempat
Hyundai telah mendedahkan lakaran Santa Fe generasi keempat yang akan diperkenalkan di Geneva Motor Show pada bulan Mac nanti.
Melihat kepada lakaran-lakaran ini, model SUV ini tampil lebih mewah dan futuristik dengan lampu utama dan lampu nyalaan siang (DRL) yang berasingan di bahagian hadapan. Profil sisi diserlahkan dengan garis karakter dari lampu ke lampu manakala bahagian belakang pula kelihatan sporty dengan ekzos berkembar.
Setakat ini, syarikat itu telah mengesahkan bahawa model terbaru ini didatangkan dengan Rear Cross-Traffic Collision Warning dengan fungsi brek automatik serta Rear Occupant Alert yang berupaya untuk mengesan kehadiran penumpang belakang dan memberi amaran kepada pemandu apabila mereka keluar dari kereta.
No Comment