Berita Auto

Hyundai sertai persaingan ‘hot hatch’ dengan Veloster N

Hyundai telah memperkenalkan Veloster N di acara North American International Auto Show. Model berprestasi tinggi itu merupakan model N pertama yang akan dijual di negara itu, memandangkan i30 N yang dilancarkan pada pertengahan tahun lalu adalah untuk pasaran Eropah sahaja.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti i30 N dan mana-mana model N yang akan datang, Veloster N dibangunkan di pusat penyelidikan dan pembangunan Hyundai di Namyang, Korea Selatan. Ujian bagaimanapun dilakukan secara meluas di litar Nurburgring, Jerman, yang juga menjadi inspirasi kepada jenama ‘N’ yang digunakan.

Large-31082-2019VelosterN

Berbanding Veloster standard, Veloster N tampil lebih agresif dengan kit badan termasuk spoiler dan diffuser di belakang serta lubang ambilan udara lebih besar untuk tujuan penyejukan komponen. Ia didatangkan dengan rim 18 inci yang dibalut tayar Michelin Pilot Super Sport namun pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan rim aloi 19 inci dengan tayar Pirelli P Zero.

Large-31051-2019VelosterN

Bahagian kabin menampilkan tempat duduk sport, roda stereng N serta panel instrumen khas dengan penunjuk (shift indicator) yang memaklumkan pemandu masa terbaik untuk menukar gear. Aksen berwarna biru pada stereng, konsol tengah dan tombol gear pula melahirkan suasana yang lebih mengujakan.

Large-31123-2019VelosterN

Veloster N mempunyai 275 hp pada 6,000 rpm dan 353 Nm tork dari 1,450 hingga 4,700 rpm yang dihasilkan oleh enjin turbo 2.0-liter empat silinder. Ia menghantar kuasa ke gandar hadapan menerusi transmisi manual enam kelajuan dengan nisbah rapat. Seperti Civic Type R, hot hatch Korea Selatan ini juga dilengkapi dengan fungsi ‘rev matching’ ketika menurunkan gear.

Large-31040-2019VelosterN

Aspek-aspek seperti respon pendikit, bunyi ekzos, suspensi, stereng dan pelbagai lagi boleh dilaraskan menerusi lima mod pemanduan yang ditawarkan iaitu Normal, Sport, N, Eco dan N Custom.

Large-31048-2019VelosterN

Untuk memastikan penghantaran kuasa yang lancar, Veloster N didatangkan dengan reka bentuk gandar hadapan unik yang dikenali sebagai N Power Sense Axle dan ‘limited-slip differential’. Pengendalian mantap dicapai dengan penggunaan sistem stereng kuasa bermotor, manakala cakera bersaiz 13 inci di hadapan dan 11.8 inci di belakang pula memberikan kuasa membrek yang mencukupi. Cakera bersaiz 13.6 inci dan 12.4 inci turut ditawarkan sebagai pilihan.

 

Previous post

Lebih Banyak Peniaga BMW 'M' Stand Alone Untuk Asia ...... Malaysia Bagaimana?

Next post

Pelbagai aksi, bintang ternama dan hadiah menanti di Festival Toyota Gazoo Racing hujung minggu ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *