Ini bahagian dalaman Hyundai Veloster baru
Hyundai telah mengeluarkan imej teaser bagi memberi bayangan ruang kabin Hyundai Veloster generasi kedua yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Perubahan paling ketara yang boleh dilihat adalah susun atur papan pemuka yang kini lebih fokus pemandu serta konsol tengah yang diletakkan lebih tinggi. Ia juga menggunakan roda stereng rekaan terkini yang turut didapati pada Ioniq dan Elantra Sport, serta paparan infotainment ala tablet.
Trim berwarna merah yang digunakan pada papan pemuka, panel pintu dan komponen sememangnya dapat menaikkan seri bahagian dalaman Veloster, namun tidak dapat dipastikan jika ia akan dikekalkan untuk pengeluaran.
Bahagian luaran Veloster tidak akan membawa sebarang perubahan besar kecuali rekaan yang dikemaskini seperti yang dilihat pada model i30 N. Hatchback ini bakal dilancarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 2.0-liter NA dan 1.6-liter turbo.
Lebih menarik, Velsoter versi N yang menggunakan enjin 2.0-liter turbo milik i30 N juga dikatakan sedang dalam pembangunan.
No Comment