Berita Auto

Jualan Proton stabil untuk 2017

Proton berjaya menstabilkan jualannya pada tahun 2017 dengan jumlah jualan keseluruhan sebanyak 70,991 unit pada 2017, berbanding 72,291 unit pada tahun lepas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jualan ‘retail’ meningkat sebanyak 2.5% kepada 68,184 unit pada 2017 berbanding 66,513 unit pada 2016. Pertumbuhan yang baik dilihat dari kawasan Pusat, Selatan, Pantai Timur dan Timur Malaysia, di mana masing-masingnya mencatatkan peningkatan di antara 1% hingga 10% unit yang dijual. Jumlah keseluruhan walau bagaimanapun terjejas oleh jualan flit yang kurang memberangsangkan dengan jualan 2,807 unit pada 2017 akibat permintaan teksi yang rendah.

Saga, Persona dan Ertiga mewakili 80% daripada jumlah jualan kereta Proton bagi 2017. Kereta terlaris Proton iaitu Saga mencatatkan jualan yang kukuh melebihi 30,000 unit pada 2017. Namun, Persona mencatatkan kenaikan sebanyak 27% dengan 19,510 unit dijual berbanding 15,390 unit tahun lepas. Ertiga turut mendapat penerimaan yang baik di pasaran dengan jualan sebanyak 6,091 unit pada 2017.

“Antara sebab yang menjadikan jualan kereta kami stabil pada 2017 adalah kerana usaha peningkatan kualiti yang agresif yang dilakukan di peringkat dalaman. Rakan kongsi kami daripada Geely Auto melakukan pemeriksaan audit kualiti yang ketat pada kereta Proton dan dalam masa 2 bulan, kami dapat meningkatkan poin kualiti kami sebanyak tiga kali ganda. Audit yang dilakukan diukur menggunakan sistem yang teliti, setanding dengan piawaian antarabangsa kereta-kereta Volvo, yang digunapakai Geely.

Proton Persona

Seperti yang kita ketahui, kereta Proton telah terbukti ketahanan dan kebolehannya, ketika melalui pelbagai ujian mencabar sewaktu kami menyertai Perlumbaan Sepang 1,000km pada November 2017 dan menang sebagai Juara Keseluruhan. Kesemua pencapaian ini tidak mungkin berlaku tanpa semangat kerja berpasukan yang gigih di antara pihak pengurusan dan para pekerja,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan & Pemasaran, Proton.

“Kami melihat tahun 2018 dengan lebih positif dan berharap dapat meningkatkan usaha untuk menjadi lebih baik pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun kritikal buat Proton memandangkan kami akan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan Rancangan Perniagaan 3 hingga 10 tahun yang baharu, yakni kunci kepada pemulihan Syarikat. Demi meningkatkan jumlah jualan, kami akan mengambil mengambil langkah-langkah yang perlu melalui kempen yang lebih menarik untuk pengguna, dan peningkatan kualiti dari segi produk serta perkhidmatan,” tambah Rashid.

Untuk promosi Tahun Baru Cina, Proton memberi ganjaran kepada pelanggannya melalui diskaun hebat untuk semua model Proton, penjimatan sehingga RM3,500 untuk Saga, RM4,500 untuk Persona, RM5,000 untuk Iriz, RM5,500 untuk Exora dan RM13,888 untuk Perdana.

Proton Ertiga Review 36

Bersempena dengan musim perayaan dan berdepan dengan perjalanan yang jauh yang bakal ditempuhi pelanggan kami pada musim cuti ini, pemilik Proton dijemput untuk melakukan pemeriksaan keselamatan 20 mata percuma di mana-mana pusat servis Proton yang diiktiraf.

Previous post

MINI Clubman Sterling Edition kembali lagi

Next post

Penjelasan mengenai penggunaan bitcoin untuk pembelian kereta Proton

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *