Kawasaki Motors Malaysia anjur kempen keselamatan jalan raya
Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd hari ini mengadakan satu kempen keselamatan jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan. Kempen bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba itu dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah pemeriksaan 16 poin percuma untuk semua jenis motosikal tanpa mengira jenama, penukaran topi keledar lama kepada baru serta pemberian baju hujan dan pelekat pemantul cahaya. Selain itu, booth pameran oleh syarikat-syarikat korporat dan agensi-agensi kerajaan turut disediakan untuk pengunjung.
Dengan tema “Fikir Keselamatan, Tunggang Dengan Bertanggungjawab”, objektikf utama kempen pada tahun ini adalah untuk memberi penekanan dan kesedaran kepada penunggang motsikal tentang aspek keselamatan, cara penunggangan yang cermat serta kepentingan penyelenggaraan motosikal dan pakaian berwarna cerah.
Berucap di majlis pelancaran kempen tersebut, Liow berkata tahun 2016 menyaksikan peningkatan dalam jumlah kematian dengan 7,152 kes berbanding 6,706 pada tahun sebelumnya. 62.7% daripada jumlah tersebut merupakan pengguna motosikal.
Kempen keselamatan jalan raya ini merupakan anjuran bersama Kawasaki Motors Malaysia dan Persatuan Penjual Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA).
No Comment