Berita Auto

Kia bakal dedahkan Niro EV di CES Las Vegas

Acara Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas pada minggu depan bakal menyaksikan kehadiran model terbaru Kia iaitu Niro EV.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia merupakan kereta konsep elektrik sepenuhnya yang dibangunkan berasaskan model crossover kompak Niro. Diposisikan di bawah Sportage, Niro buat masa ini hanya ditawarkan dalam versi hibrid.

Kia niro ev teaser 03

Kia secara rasminya masih belum mendedahkan spesifikasi teknikal Niro EV, namun laporan mengatakan bahawa model itu akan menggunakan rangkaian kuasa elektrik Ioniq EV yang merangkumi gabungan bateri lithium-ion berkapasiti 28 kWj dan motor elektrik dengan 119 hp dan 295 Nm.

Kia niro ev teaser 04

Apa yang pasti, Niro EV juga akan menampilkan antara muka manusia-mesin (human-machine interface) dan sistem pencahayaan grafik bergerak yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Previous post

Ini bahagian dalaman Hyundai Veloster baru

Next post

SUV EV Penuh BYTON Akan Dihargakan Dari USD45,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *