Kia Forte 2019 akan tampil lebih sofistikated
Kia Forte 2019 bakal didedahkan secara langsung di acara North American International Auto Show (NAIAS) pada bulan ini, namun sementera menanti ketibaannya, syarikat itu telah mengeluarkan beberapa lakaran bagi memperlihatkan reka bentuk luaran dan dalaman model tersebut.
Menurut Kia, model Forte generasi ketiga mengekalkan imej sporty dan muda seperti sebelum ini namun akan tampil lebih sofistikated dengan ciri-ciri rekaan yang dinspirasikan oleh Stinger.
Bahagian hadapan Forte dilihat lebih rendah dan garang dengan rekaan lampu dan jeriji ‘hidung harimau’ terkini yang ditemani lipatan di atas hud. Bahagian belakangnya pula menampilkan lampu isyarat membelok dan undur berasingan yang diletakkan di bumper. Sama seperti Sportage, ia juga mempunyai jalur yang menghubungkan lampu belakang.
Di dalam, Kia menggunakan tema garisan mendatar untuk membuatkan ia terasa lebih luas. Bahagian papan pemuka juga lebih kemas dan ringkas dengan kehadiran paparan yang besar dan lubang penyaman udara berbentuk bulat seperti yang digunakan dalam Stinger.
No Comment