Berita Auto

Kia Forte generasi ketiga diinspirasikan oleh Stinger

Kia Forte 2019 telah membuat penampilan global di acara North American International Auto Show (NAIAS) pada minggu lalu. Kini dalam generasi ketiga, sedan itu menawarkan pemanduan yang lebih selesa, penjimatan bahan api serta teknologi bantuan pemandu canggih yang tidak terdapat pada model sebelum ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Walaupun tidak segah Stinger dari segi prestasi, Forte tampil dengan elemen reka bentuk yang diinspirasikan oleh model tersebut. Seperti Stinger, ia mempunyai bentuk ‘fastback’ dengan hud yang panjang dan bahagian belakang yang pendek. Muka hadapan diserlahkan menerusi penggunaan lampu dan jeriji ‘hidung harimau’ baharu manakala bahagian belakang mempunyai jalur yang menghubungkan lampu belakang, sama seperti Sportage.

??????????

Bahagian kabin Forte menggunakan tema mendatar yang membuatkannya kelihatan lebih luas, digabungkan dengan susun atur butang ringkas yang terletak di bawah skrin sentuh bersaiz 8 inci. Ruangan ini turut menampilkan lubang penyaman udara berbentuk bulat seperti yang terdapat pada Stinger.

??????????

Menurut Kia, bentuk fastback Forte menghasilkan ruang dalaman yang lebih besar. Panjang keseluruhan yang meningkat sebanyak 3.2 inci memberikan ruang kaki lebih luas dan kargo sebesar 428 liter, manakala ruang lega kepala turut meningkat dengan ketinggian 56.7 inci. Selain itu, ia juga 0.7 inci lebih lebar berbanding model terdahulu.

??????????

Forte menampilkan enjin 2.0-liter empat silinder yang beroperasi dengan kitaran Atkinson dan sistem EGR dengan penyejuk yang biasanya digunakan pada kenderaan elektrik dan hibrid. Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan transmisi manual enam kelajuan atau Intelligent Variable Transmission (IVT) yang ditawarkan buat pertama kali dalam produk Kia.

??????????

Seperti sebelum ini, enjin tersebut menghasilkan 147 hp dan 180 Nm. Apa yang dititikberatkan kali ini adalah aspek kecekapan bahan api, yang mana gabungan enjin tersebut dan IVT dikatakan mampu merekodkan penggunaan sebanyak 14.9 km/l, kira-kira 1.3 km/l lebih baik berbanding sebelum ini.

??????????

Dari aspek kelengkapan dan teknologi pula, Forte kini didatangkan dengan Android Auto, Apple CarPlay, Bluetooth serta buat pertama kalinya, sistem audio 320-watt keluaran Harman Kardon. Model ini juga dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) yang merangkumi ciri-ciri seperti Blind-Spot Collision Warning, Lane Keeping Assist, Forward Collision-Avoidance Assist dan Smart Cruise Control.

Previous post

Audi RS3 Sportback dengan kit ABT Power R mempunyai 500 hp

Next post

Honda Malaysia jenama bukan nasional No.1 tiga tahun berturut-turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *