Kursus tunggangan selamat pertama anjuran Kawasaki Motors Malaysia
Kawasaki Motors Malaysia (KMM) baru-baru ini telah melancarkan program ‘Kawasaki Safety & Responsible Riding Course’. Ia merupakan program pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh KMM dengan kerjasama Kawasaki Heavy Industries dan K-TEC Corporation dari Jepun.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan aspek keselamatan dan tanggungjawab semasa menunggang. Ia sejajar dengan usaha kerajaan dan agensi-agensi berkaitan seperti JPJ, JKJR, dan PDRM untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal.
Berdasarkan statistik, dari 2007 hingga 2016, jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia adalah 73,954 dengan 63% (40,609) daripadanya membabitkan motosikal.
Bagi program ini, tenaga pengajar telah dilatih dan diperakui oleh K-TEC dan Kawasaki Jepun. Peserta dikehendaki menggunakan motosikal mereka sendiri dan memakai pakaian menunggang yang betul.
No Comment