Lexus RX 350L dan NX 300 kini boleh ditempah
Dua model SUV keluaran Lexus iaitu RX 350L dan NX 300 kini boleh ditempah di semua bilik pameran Lexus Malaysia.
Dilancarkan pada tahun lalu di Los Angeles Auto Show, RX 350L keluaran 2018 mampu memuatkan sehingga tujuh penumpang dengan adanya barisan tempat duduk ketiga. Ia boleh dilipat dalam konfigurasi 40/20/40 dan mempunyai bahagian belakang yang lebih tinggi untuk keselesaan.
RX 350L dikuasakan oleh enjin 3.5-liter V6 yang menghasilkan 294 hp dan transmisi automatik lapan kelajuan ECT-i. Sistem pacuan semua roda Active Torque Control membahagikan kuasa ke roda secara 100:50 atau 50:50 depan ke belakang bergantung kepada pemanduan dan permukaan jalan.
Sementara itu, NX 300 yang diperkenalkan di Shanghai Motor Show 2017 menampilkan rekaan lebih segar di bahagian hadapan dan belakang.
Ia ditawarkan dalam empat varian iaitu Urban, Premium, F Sport dan Hybrid. Kesemuanya mempunyai enjin turbo 2.0-liter empat silinder dengan 235 hp kecuali Hybrid yang menggunakan gabungan enjin 2.5-liter dan sepasang motor elektrik.
Diimport sepenuhnya dari Jepun, RX 350L dan NX 300 bakal memasuki pasaran awal Februari ini. Kedua-dua model didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan dengan sokongan selepas jualan disediakan di tujuh lokasi di seluruh negara.
2018 Lexus NX | Semenanjung Malaysia | Sabah | Sarawak |
NX 300 Urban | RM 311,900 | RM 315,377.80 | RM 315,377.80 |
NX 300 Premium | RM 329,800 | RM 333,277.80 | RM 333,277.80 |
NX 300 F SPORT | RM 387,900 | RM 391,377.80 | RM 391,377.80 |
NX 300 Hybrid | RM 397,800 | RM 401,099.60 | RM 401,099.60 |
2018 Lexus RX | Semenanjung Malaysia | Sabah | Sarawak |
RX 350L | RM 475,000 | RM 477,755 | RM 477,755 |
No Comment