Mitsubishi Outlander 2.4L kini dalam versi CKD
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Outlander 2.4L versi pemasangan tempatan (CKD) yang akan dijual bersama dengan Outlander 2.0L yang diperkenalkan pada September tahun lalu.
Versi ini didatangkan dengan lampu LED depan dan belakang, lampu nyalaan siang LED, spoiler belakang serta rim 18 inci dwi-tona. Bumbung matahari dan pintu tailgate belakang elektrik dengan fungsi ‘anti-pinch’ turut disertakan.
Berbanding versi CBU yang dilancarkan pada awal 2016, Outlander 2.4L CKD didatangkan dengan skrin 7 inci lengkap dengan fungsi Apple CarPlay untuk pengguna iPhone serta Air Gesture Control untuk penggunaan untuk lebih mudah digunakan.
SUV ini dijanakan oleh enjin MIVEC DOHC dengan 167 PS dan 222 Nm, serta transmisi CVT INVECS III. Fungsi 4WD-nya dikawal menerusi sistem Multi-Select yang menyediakan tiga mod iaitu 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock.
Ciri-ciri keselamatan standard termasuklah tujuh beg udara, ABS dan EBD, Brake Assist, Active Stability & Traction Control (ASTC), Hill Start Assist dan ISOFIX. Sebagai tambahan, ia juga dilengkapi dengan brek parkir elektronik dengan Auto Hold Assist, Brake Override System, Rest Reminder dan perakam video digital.
Ditawarkan dalam warna Ruby Black, Red Metallic dan Solar White, Outlander 2.4L CKD dijual pada harga RM155,000 (harga atas jalan tanpa insuran, termasuk GST). MMM pada masa ini menawarkan diskaun sehingga RM4,000 bersempena dengan Tahun Baru Cina tidak lama lagi. Pelanggan akan turut mendapat pakej servis percuma selama dua tahun dan jaminan tanpa had perbatuan selama lima tahun.
No Comment