Berita Auto

Mitsubishi Triton Athlete dilancarkan untuk pasaran Malaysia

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan varian terbaru trak pikap Triton yang dikenali sebagai Triton Athlete. Ia dijual pada harga yang sama dengan Triton VGT Adventure X iaitu RM126,990 (OTR tanpa insurans, termasuk GST).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditawarkan hanya dalam warna Black Mica, Triton Athlete tampil lebih garang dengan kit badan beserta jeriji ‘honeycomb’, rim aloi 17 inci, ‘sports bar’ dan pelekat berwarna kelabu gelap dan oren sebagai pelengkap gaya.

Mitsubishi Triton Athlete

Bahagian dalaman pula dihiasi dengan upholsteri kulit berwarna hitam dan oren, jahitan berwarna oren pada stereng, tombol gear, konsol tengah dan kemasan pintu, serta sulaman ‘Athlete’ pada tempat duduk hadapan. Varian ini turut menampilkan sistem infotainment terkini yang menyediakan ciri Apple CarPlay.

Mitsubishi Triton Athlete

Seperti VGT Adventure X, Triton Athlete dikuasakan oleh enjin turbo diesel 2.4-liter MIVEC yang menghasilkan 181 PS dan 430 Nm. Transmisi automatik lima kelajuan dengan mod manual ditugaskan untuk menghantar kuasa ke keempat-empat roda menerusi sistem 4WD.

Mitsubishi Triton Athlete

Aspek keselamatan pula terdiri daripada tujuh beg udara, Electronic Brake-force Distribution, Brake Assist, Active Stability Control, Traction Control, Hill Start Assist, Trailer Stability Assist, kamera dan sensor undur serta ISOFIX.

Mitsubishi Triton Athlete

 

 

Previous post

Pernah Dengar Tentang Midori Seibi Centre

Next post

Ride Sharing Baharu Dengan Aplikasi DACSEE

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *