Berita Auto

Nikmati Pelbagai Tawaran Hebat Toyota Sepanjang Musim Perayaan Ini

Bagi musim perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba, UMW Toyota Motor bersama pengedar-pengedar sahnya seluruh Malaysia akan menawarkan promosi istimewa bagi barisan model-model sedia ada keluaran Toyota.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ang Pow Tahun Baru Cina sebanyak RM988 akan diberi bagi setiap model baru yang dibeli. Sebagai tambahan, rebat tunai sehingga RM2,500 turut ditawarkan bagi model-model terpilih. Tidak ketinggalan ialah servis dan aksesori percuma untuk beberapa model tertentu.

Antara model yang terlibat di dalam promosi serta tawaran istimewa ini adalah seperti berikut, dan ia sah sehingga 28 Februari 2018:

Model Promosi rebat tunai
Vios Rebat tunai sehingga RM2,500 + Ang Pow CNY bernilai RM988 dan aksesori percuma(bernilai hingga RM4,100) + RM500 E-service baucar
Hilux Ang Pow CNY bernilai RM988 + servis percuma 1 tahun (bernilai RM1,000) bagi DC 2.4G (MT), DC 2.4G (AT), DC 2.8G (AT)
Camry Rebat tunai RM2,000 + Ang Pow CNY bernilai RM988
Altis Ang Pow CNY bernilai RM988 + aksesori percuma (bernilai RM5,790)
Innova Ang Pow CNY bernilai RM988 + servis percuma 1 tahun (bernilai RM1,000)
Fortuner Ang Pow CNY bernilai RM988 + servis percuma 1 tahun (bernilai RM1,000)

Bagi pelanggan yang memerlukan bantuan pembiayaan juga boleh mempertimbangkan perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota 2-Tier Plan yang menawarkan bayaran ansuran bulanan lebih rendah bagi graduan, serta pelan pembiayaan Toyota Drive.

Untuk kesenangan pemilik, semua model Toyota didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan (kecuali Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan 150,000kms). Untuk meningkatkan nilai Toyota anda, waranti boleh dipindah milik kepada pemilik seterusnya dalam terma dan syarat.

Previous post

Honda Malaysia Sahkan Inflator Beg Udara Pemandu Pecah Dalam Kemalangan Maut Pada 1 Jan 2018

Next post

Mazda Tempat Pertama Untuk Tahun Ke-5 Berturut-Turut

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *