Berita Auto

Pesanan Untuk Volvo XC40 Di China Melebihi 20,000 Unit

Kemasukan pertama Volvo Cars ke segmen SUV premium kecil terbukti popular di kalangan pembeli kereta, dengan tempahan XC40 global sudah melebihi 20,000 unit. Penghantaran kereta kepada peniaga bermula awal bulan ini.

Berikutan pengenalannya yang berjaya kepada pelanggan-pelanggan Eropah dan Amerika, XC40 akan dilancarkan di China, pasaran kereta terbesar di dunia, di Beijing Auto Show tahun ini.

Ketibaan XC40 bermakna buat pertama kalinya, Volvo Cars mempunyai tiga SUV baru di dunia yang ada di segmen pasaran automotif yang paling pesat berkembang, membuka jalan untuk pertumbuhan dan keuntungan yang lebih baik.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

XC40 adalah model pertama yang menggunakan compact modular vehicle architecture  (CMA) Volvo Cars, yang akan menyokong semua kereta yang akan datang dalam Siri 40, termasuk kenderaan elektrik penuh. Dikembangkan bersama dalam Geely, CMA menyediakan syarikat dengan skala ekonomi yang diperlukan untuk segmen ini.

XC40 juga merupakan Volvo pertama yang dilengkapi dengan ciri perkongsian kereta, didayakan menerusi teknologi utama digital Volvo dan platform perkhidmatannya yang berkaitan Volvo On Call. Pemilik XC40 dapat berkongsi kereta mereka dengan keluarga dan rakan tanpa perlu menyerahkan kunci fizikal.

Previous post

Kita Diusik Butiran Reka Bentuk A-Class Mercedes-Benz

Next post

Ford Ranger Raptor Akan Tiba Tidak Lama Lagi

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *