Menyerlah Tahun Baru Ini Dengan Kempen ‘Favours The Bold’ Renault
Para pembeli kereta yang semakin bijak menilai mahukan penampilan unik dan menonjol, tetapi tidak mahu mengorbankan aspek kualiti, keseronokan memandu serta nilai wang terbaik, memanfaatkan kempen ‘Favours the Bold’ Renault.
Kempen yang dilancarkan baru-baru ini menawarkan banyak promosi menarik ke atas model-model popular Renault di Malaysia. Pelanggan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat.
Menerusi kempen Renault ini, pelanggan yang membeli Koleos – SUV premium Renault – akan menerima pakej servis dan penyelenggaraan percuma bernilai RM6,850. Boleh didapati dalam versi 2WD dan 4WD, Renault Koleos ditawarkan pada harga bermula RM184,200.
Crossover bergaya dengan enjin turbo Renault Captur yang ditawarkan pada harga RM109,0002, juga boleh diperolehi menerusi kempen ini pada harga cuma RM98,0001. Ia merangkumi tawaran servis selepas jualan 5-in-Captur.
Sebagai tambahan, pelanggan yang mahukan sedan Renault Fluence yang mantap dan boleh dipercayai pasti menghargai harga promosi iaitu RM89,8881. Tawaran itu ialah penjimatan sebanyak RM30,000 dan sah untuk varian Dynamique yang berharga RM119,8882.
Tawaran promosi Renault Koleos, Captur dan Fluence bakal berakhir pada 31 Mac 2018.
Alasan tambahan untuk memiliki sebuah Renault
Bukan itu sahaja, terdapat banyak hadiah menarik untuk dimenangi oleh pelanggan yang membeli mana-mana model Renault mulai sekarang hingga 30 Jun 2018.
Seorang pemenang bertuah berpeluang memandu pulang sebuah kereta elektrik sepenuhnya Renault Twizy bernilai RM86,800. Selain itu, terdapat sembilan hadiah percutian bernilai RM13,500 untuk dimenangi. Rakan pelancongan rasmi ialah Mayflower Holidays.
Para pemenang hadiah percutian akan ditentukan setiap dua bulan daripada satu cabutan bertuah sepanjang kempen ini berlangsung. Manakala pemenang Renault Twizy pula akan ditentukan pada bulan Julai selepas kempen ini berakhir.
Barangan-barangan eksklusif Renault juga akan diberikan untuk setiap pembelian, serta selepas pandu uji.
Pengalaman pemanduan kenderaan Eropah yang tersendiri
Sama seperti kereta-kereta arus perdana dan kontemporari Renault, model Koleos, Captur dan Fluence mendapat manfaat daripada inovasi, kesungguhan dan kepakaran teknikal Renault selama 120 tahun.
Sebagai sebuah model utama Renault, Renault Koleos direka untuk memenuhi ekspektasi pembeli SUV dari segi gayaan, keselesaan, ruang kabin luas dan diposisikan dengan sempurna dalam rangkaian kenderaan premium Renault. Koleos menawarkan ruang dalaman yang mendahului kelasnya dengan kemasannya seperti sebuah kereta mewah. Ia juga didatangan dengan tahap peralatan standard dan inovasi yang mengagumkan, di samping barisan ciri keselamatan aktif dan pasif.
Bukan itu sahaja, varian Renault Koleos 4WD menampilkan teknologi ALL-MODE 4×4-i. Teknologi pacuan empat roda yang tiada tandingan itu memastikan tahap cengkaman optimum ketika memandu. Manakala pintu belakang berkuasa bebas tangan pula nyata memberi kemudahan tambahan kepada semua.
Renault Koleos 4WD dinobatkan sebagai pemenang dalam dua kategori pada acara Carsifu Editors’ Choice Awards 2017 baru-baru ini – Best SUV/Crossover, Large-size 4X4 and Most Well-Specced Large-size SUV/Crossover.
Renault Captur yang bergaya dan versatil menggabungkan semua ciri crossover urban yang diharapkan oleh pemandu moden. Gayaan luaran ekspresif, garis-garis yang dinamik dan warna dua tona yang trendy sememangnya membuat orang menoleh apabila ia dipandu di atas jalan raya. Prestasi mengujakan dan penjimatan bahan api yang terbaik mampu dicapai menerusi penggunaan enjin pengecas turbo TCe 120. Ia mampu menawarkan kuasa tork yang lebih baik berbanding enjin 1.8L aspirasi biasa.
Di ruang kabin, Renault memberi perhatian khusus kepada aspek perinciannya. Sebagai contoh, tempat duduknya didatangkan dengan pelapik yang boleh dizip agar mudah dibasuh. Manakala lantai but yang boleh diterbalikkan di antara karpet dan plastik sememangnya satu ciri yang praktikal serta berguna dalam cuaca tropika seperti Malaysia.
Renault Captur merupakan model crossover terlaris di Eropah dengan jualan global melebihi 700,000 unit.
Sedan empat pintu Renault Fluence menggabungkan gayaan moden dan perkadaran tersendiri yang membezakannya dengan model lain di dalam segmennya. Digabungkan dengan prestasi dan keselesaan, reka bentuknya memang mantap, pintar dan penuh fungsi.
Dikenali kerana kekuatan dan kebolehpercayaannya, Renault Fluence padat dengan inovasi untuk menawarkan aspek ketersambungan dan mudah dipandu. Selain ruang kabin yang premium dan luas dengan upholsteri kulit.
Sokongan selepas jualan yang kukuh untuk meningkatkan lagi pengalaman pemilikan
Sama seperti kenderaan-kenderaan Renault yang lain, Koleos, Captur dan Fluence hadir bersama jaminan pengeluar selama lima tahun serta jarak perbatuan tanpa had. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukannya mana-mana syarikat insurans. Ini bermakna, terma, syarat dan alat ganti yang ditawarkan adalah konsisten sejak tahun pertama hinggalah berakhirnya tempoh jaminan.
Sebagai tambahan kepada jaminan pengilang selama lima tahun, pakej servis selepas jualan 5-in-Captur merangkumi:
- Servis dan penyelenggaraan (alat ganti dan kos buruh) selama lima tahun atau perbatuan sehingga 100,000km, mana-mana tiba dahulu pada pakej harga yang menarik iaitu RM4,906
- Bantuan tepi jalan 24 jam percuma
- Perkhidmatan ambil dan hantar untuk penyelenggaraan berkala di pusat-pusat servis Renault
- Perkhidmatan mobiliti kereta gentian jika alat ganti tidak boleh diperolehi dalam tempoh lebih 48 jam di pusat servis sah, bergantung kepada kebolehdapatan.
Para pelanggan Renault juga dijamin dengan ketenangan minda dan kesenangan kerana mereka akan menerima khidmat selepas jualan serta servis terbaik menerusi rangkaian selepas jualan Tan Chong Group yang mantap. Malah, juruteknik berkemahiran tinggi yang telah dilatih dan diiktiraf oleh Renault sentiasa bersedia untuk menyediakan diagnosis dan pembaikan kompleks.
Sehingga kini, Renault mempunyai 14 pusat servis di Semenanjung dan Malaysia Timur.
Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.
No Comment