Berita Auto

SDAC lancar Ford Ranger edisi terhad dengan warna baru

Sime Darby Auto Connexion (SDAC) mengalu-alukan kedatangan tahun baru dengan Ranger edisi terhad.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ranger WildTrak dalam warna baru Meteor Grey dan FX4 dalam Cool White kini boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara. Pilihan warna-warna eksklusif ini adalah tambahan kepada warna-warna sedia ada iaitu Cool White dan Pride Orange bagi Ranger WildTrak dan Meteor Grey bagi FX4.

Wildtrak Meteor Grey_Side

Ranger WildTrak 4×4 3.2L dalam warna Meteor Grey mengekalkan gabungan teknologi pintar dalam aspek keselamatan dengan ruang dalaman yang praktikal dan keupayaan mengharungi air serta menunda dan mengangkut muatan.

Wildtrak Meteor Grey_Back

 

Ia menjana kuasa 200 PS pada 3,000 rpm dan 470 Nm dan mempunyai sistem infotainment bebas-tangan SYNC 3 terkini yang dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz lapan inci bersama ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

FX4 Cool White Limited Edition_Front

Ranger FX4 2.2L dalam Cool White pula menampilkan trim and aksesori naik-taraf dalam warna hitam untuk ‘rollbar’ dan rim 18 inci. Dengan janaan kuasa 160 PS dan 385 Nm dan transmisi automatik 6-kelajuan, Ranger FX4 berupaya mengangkut kapasiti muatan sebanyak 1 tan.

FX4 Cool White Limited Edition_Side

Ford Ranger WildTrak dalam Meteor Grey dijual pada harga RM141,588 atas jalan tidak termasuk insurans manakala Ford Ranger FX4 dalam Cool White pula berharga RM121,888. Harga tertera adalah termasuk GST.

FX4 Cool White Limited Edition_Rear

Previous post

Imej Pertama Konsep INFINITI Q Inspiration Ditunjukkan

Next post

Alfa Panggil Balik Giulia BAHARU Kerana Kegagalan Brek ...... Pemilik Malaysia Bagaimana?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *