Tawaran Sime Darby Auto Connexion-Ford sempena Tahun Baru Cina
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) kini meraikan kemeriahan Tahun Baru Cina dengan melanjutkan promosi jualan secara eksklusif untuk Ford Ranger XLT.
Sebagai permulaan, pemilik Ranger XLT baru boleh memandu pulang trak yang padat dengan pelbagai ciri ini dengan kos penyelenggaraan sifar untuk lima tahun atau 100,000 km. Tawaran ‘consumer-first’ ini juga termasuk rebat sehingga RM5,000, baucar membeli-belah dan sampul angpow edisi terhad yang ekslusif, sah dari sekarang hingga 28 Februari 2018.
SDAC turut menawarkan lebih banyak rebat dan hadiah-hadiah menarik untuk model-model Ford yang lain. Pemilik baru Ranger WildTrak akan menerima hadiah Tahun Baru istimewa iaitu rebat sehingga RM5,000, baucar membeli-belah dan sampul angpow eksklusif. Rebat sehingga RM23,000, tiga tahun penyelenggaraan percuma dan waranti selama lima tahun ditawarkan bagi setiap pembelian Ford Focus atau Fiesta.
Untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman yang lebih selamat dan lancar di musim perayaan ini, SDAC menggalakkan pemilik Ford untuk memanfaatkan tawaran pemeriksaan kenderaan 27 mata percuma oleh juruteknik yang diiktiraf Ford yang hanya menggunakan alat-alat daripada pengeluar peralatan asli (OEM). Terdapat juga potongan sehingga 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih, termasuk pakej, brek, tali sawat pemasaan dan pakej pelincir; dan potongan sebanyak 10 peratus kos upah bagi pakej yang dipilih.
Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah, akan turut menerima cenderahati Ford secara percuma di pengedar-pengedar sah sahaja. Promosi ini ditawarkan di seluruh negara mulai 18 Disember 2017 hingga 17 Februari 2018, sementara stok masih ada.
No Comment