Volkswagen hasilkan lebih 6 juta kenderaan di seluruh dunia pada 2017
Volkswagen telah mencipta rekod tersendiri apabila mengeluarkan lebih 6 juta kenderaan di seluruh dunia pada tahun lalu. Pencapaian ini dipacu oleh model-model popular iaitu Jetta, Golf, Passat, Polo dan Santana, serta barisan produk baru iaitu Polo baharu, Arteon dan T-Roc.
Jenama itu kini mempunyai lebih dari 50 buah kilang di 14 buah negara dan telah menghasilkan lebih dari 150 juta kenderaan bermula dengan model Beetle 72 pada tahun 1945. Portfolio global Volkswagen pada masa ini merangkumi kira-kira 60 model.
Volkswagen merancang untuk terus mengembangkan barisan produknya, selari dengan pelan Transform 2025+ yang diumumkan pada akhir tahun lalu. Tahun 2017 sahaja menyaksikan jenama itu melancarkan lebih dari 10 model bagi pasaran global.
Dalam fasa pertama pelan tersebut, Volkswagen merancang untuk menawarkan sekurang-kurangnya 19 model SUV di seluruh dunia menjelang 2020. Fasa kedua yang bermula selepas 2020 pula akan memfokuskan kepada pembangunan barisan kenderaan elektrik bermula dengan tiga model iaitu I.D., I.D. Crozz dan I.D. Buzz.
Syarikat itu menetapkan sasaran untuk menjual satu juta unit kenderaan elektrik menjelang tahun 2025.
No Comment