Berita Auto

Volkswagen Jetta 2019 dilancarkan di Amerika Syarikat

Volkswagen Jetta 2019 telah membuat penampilannya di acara North American International Auto Show. Kini dibina berdasarkan platform Modular Transverse Matrix (MQB), sedan itu menawarkan reka bentuk lebih berani, ruang kabin lebih besar serta pelbagai teknologi baru.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jetta dilihat mengekalkan DNA reka bentuk Volkswagen yang kemas dan bersih namun tampil lebih moden dengan lampu LED dan lebih banyak kemasan krom. Garis bumbung yang menurun memberikannya imej seperti kenderaan coupe tanpa menjejaskan ruang lega kepala di belakang.

2019-volkswagen-jetta (1)

Ruang kabin yang direka semula menampilkan kekemasan melalui bahan berkualiti tinggi dan pilihan fabrik baharu untuk tempat duduk dan pintu, dan buat pertama kalinya lampu ambien 10 warna. Bukan itu sahaja, keselesaan penumpang dijamin dengan pelbagai ciri seperti pendingin hawa automatik dwi zon, fungsi pemanas tempat duduk, serta ruang simpanan sebesar 5 liter di konsol tengah.

2019-volkswagen-jetta (4)

Bergantung pada varian, Jetta didatangkan dengan skrin sentuh infotainment bersaiz 8 inci dengan Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink serta panel meter Active Info Display sebesar 10.2 inci seperti yang terdapat pada Tiguan dan Passat. Model bagi pasaran Amerika Syarikat juga boleh didapati dengan sistem audio Beats.

2019-volkswagen-jetta (3)

Sedan ini akan terus menggunakan enjin turbo 1.4-liter TSI dengan 147 hp dan 250 Nm. Kuasa disalurkan ke roda hadapan melalui kotak gear manual enam kelajuan atau transmisi automatik lapan kelajuan. Setiap varian automatik didatangkan dengan sistem Start/Stop.

2019-volkswagen-jetta (2)

Antara ciri keselamatan standard yang ditawarkan termasuklah kamera undur, Forward Collision Warning, Autonomous Emergency Braking, Blind Spot Monitor dengan Rear Traffic Alert; Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Departure Warning serta Automatic Post-Collision Braking System.

 

Previous post

Menyerlah Tahun Baru Ini Dengan Kempen 'Favours The Bold' Renault

Next post

Lexus RX 350L dan NX 300 kini boleh ditempah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *