Volkswagen menawarkan pelbagai hadiah menarik sempena Tahun Baru Cina
Tahun Baru Cina kali ini, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai keluarga Volkswagen menerusi Kempen Tahun Baru Cina “Leaders of the Pack”.
Kempen itu bukan sahaja menawarkan rebat menarik ke atas rangkaian model Volkswagen. Malah, mereka yang menempah dan mendaftar kereta Volkswagen mereka sebelum 28 Februari sememangnya cukup bertuah dan akan menerima kad petrol ‘Liquid Gold’ bernilai RM1,188.
250 pelanggan pertama yang menempah dan mendaftarkan kereta mereka juga dihadiahkan dengan LEGO Volkswagen T1 Camper Van edisi terhad.
Rebat tunai maksimum ke atas model-model terpilih adalah seperti berikut, sementara stok masih ada.
Model | Rebat Tunai | Tambahan |
Beetle Design | RM 5,000 | |
Jetta Comfortline | RM 10,000 | |
Jetta Highline | RM 8,000 | |
Passat Trendline | RM 18,000 | Kadar faedah yang rendah dari 0.88% setahun. |
Passat Comfortline | RM 18,000 | |
Passat Highline | RM 6,000 | |
Polo | RM 7,000 | |
TiguanComfortline | RM 5,000 | |
Tiguan Highline | RM 3,000 | |
Vento Trendline | RM 10,000 | |
Vento Comfortline | RM 10,000 | |
Vento Highline | RM 9,000 |
Bermula 1 Januari 2018, semua kenderaan Volkswagen hadir dengan program penyelenggaraan percuma selama tiga tahun. Ini bermakna pelanggan tidak perlu bimbang tentang kos servis pada tiga tahun pertama pemilikan atau perbatuan sejauh 45,000 km.
Program ini merangkumi semua kos pepnyelenggaraan seperti dalam jadual servis standard. Namun ia tidak termasuk alat ganti pakai lusuh seperti cakera brek, pad, bilah pengelap cermin dan mentol.
No Comment