Berita Auto

Volkswagen perkenalkan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini menyambut kedatangan Tahun Baru dengan memperkenalkan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun/45,000km (mana-mana tiba dahulu). Semua kenderaan Volkswagen yang didaftarkan mulai 1 Januari 2018 layak menerima program ini tanpa mengira modelnya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter menyatakan bahawa program penyelenggaraan percuma itu akan memberi ketenangan minda kepada para pemilik kerana kos menjaga kereta mereka ditanggung oleh Volkswagen.

“Dengan adanya program ini, pemilik tidak perlu bimbang tentang penyelenggaraan kereta Volkswagen mereka. Ia juga mengukuhkan komitmen kami terhadap para pelanggan – bukan sekadar menguatkan perkhidmatan selepas jualan, malah dari segi pengalaman pemilikan kepada pelanggan kami,” katanya.

Program ini merangkumi semua kos penyelenggaraan sebagaimana yang diperlukan dalam servis berkala. Namun ia tidak melibatkan alat- alat ganti lusuh seperti cakera brek, pad brek, penggilap cermin dan mentol lampu. Pemilik kenderaan juga perlu mematuhi jadual penyelenggaraan di pusat servis sah Volkswagen atau berisiko jaminannya terbatal.

Sebagai tambahan kepada program baru itu, pelanggan yang membeli mana-mana varian Passat juga akan menikmati kadar faedah rendah bermula 0.88% setahun.

Previous post

Ford Ranger Raptor Akan Datang Ke Malaysia ... Mungkin RM199k

Next post

Info dan gambar terbaru Mercedes-Benz G-Class

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *