Berita Auto

Volvo XC60 dilancarkan di Malaysia

Volvo Car Malaysia telah melancarkan Volvo XC60 baru yang ditawarkan dalam tiga varian iaitu T5, T8 Inscription dan T8 Inscription Plus sebagai varian paling tinggi. Ia menggantikan model generasi pertama yang mencatat jualan hampir sejuta unit di seluruh dunia, mewakili 30% daripada jumlah jualan global jenama itu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti XC90, model ini dibina berdasarkan platform Scalable Product Architecture (SPA) yang dipadankan dengan reka bentuk atletik dan berkualiti. Penggunaan platform terbabit juga membolehkan XC60 mendapat pengiktirafan Prestasi Keseluruhan Terbaik dari Euro NCAP 2017 dengan markah 98% dalam kategori Penumpang Dewasa dan 95% dalam kelas Kenderaan Off-Road Besar.

Volvo XC60

Bahagian dalaman menampilkan papan pemuka dan konsol tengah yang ringkas dan kemas. Selain daripada upholsteri kulit, setiap varian juga mendapat sistem infotainment Sensus Connect dengan skrin sentuh bersaiz 9 inci. Varian T5 dan T8 Inscription mendapat sistem audio standard dengan 10 pembesar suara manakala varian T8 Inscription Plus dilengkapi dengan sistem audio Bowers & Wilkns yang mempunyai 15 pembesar suara.

Volvo XC60

Bagi rangkaian kuasa, varian T5 menampilkan enjin turbo 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 254 hp dan 350 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD), ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.8 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j. Penggunaan bahan api pula adalah 7.8 l/100 km.

Volvo XC60

Varian T8 Twin Engine pula menampilkan rangkaian kuasa hibrid plug-in dengan enjin turbo dan supercharge berkapasiti 2.0-liter empat silinder yang dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan motor elektrik. Gabungan ini menghasilkan 407 hp dan 640 Nm tork yang membolehkan ia memecut ke 100 km/j dalam 5.3 saat dengan kelajuan maksimum 230 km/j. Walaupun berprestasi tinggi, ia hanya menggunakan 2.1 liter bahan api bagi setiap 100 km.

Volvo XC60

XC60 didatangkan standard dengan sistem sokongan pemandu dan keselamatan aktif IntelliSafe yang merangkumi ciri-ciri seperti City Safety (Autonomous Emergency Braking), BLIS (Blind Spot Information System), dan Rear Collision Warning and Mitigation. Ia juga didatangkan dengan Steer Assist yang memberi bantuan stereng jika diperlukan bagi mengelakkan perlanggaran dan Oncoming Lane Mitigation yang membantu pemandu mengelak dari bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

Volvo XC60

XC60 hadir dalam versi pemasangan tempatan (CKD) dengan harga bermula dari RM298,888 untuk T5, RM333,888 untuk T8 Inscription dan RM343,888 untuk T8 Inscription Plus. Namun buat masa ini, varian tertinggi itu hanya boleh didapati dalam versi CBU dengan harga RM373,888.

Volvo XC60

Previous post

Pelbagai aksi, bintang ternama dan hadiah menanti di Festival Toyota Gazoo Racing hujung minggu ini

Next post

Servis Kereta Anda Di Tyreplus Pada Tahun Baru Cina Ini dan Bawa Pulang Cenderahati Michelin Man

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *