Motosikal / Skuter / Roda

Yamaha YZF-R25 kini dalam warna biru dan hitam

Yamaha YZF-R25 kini hadir dalam dua warna baharu iaitu biru dan hitam untuk tahun 2018. Lebih menarik lagi, tiada perubahan harga bagi model ini yang dijual pada harga bermula dari RM20,630 (termasuk GST, tanpa cukai jalan, pendaftaran dan insurans).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Seperti sebelum ini, R25 menampilkan enjin silinder kembar sebaris bersesaran 249 cc yang menghasilkan 35.5 hp pada 12,000 rpm dan 22.6 Nm tork pada 10,000 rpm. Kotak gear enam kelajuan ditugaskan untuk menghantar kuasa tersebut ke roda belakang.

2018 R25 Black Jan 17 05

Ia dilengkapi dengan fork teleskopik hadapan yang dipadankan dengan suspensi jenis monocross di belakang. Kuasa brek pula dibekalkan oleh cakera tunggal dengan angkup omboh berkembar di bahagian hadapan serta cakera tunggal dengan angkup omboh tunggal di bahagian belakang.

2018 R25 Black Jan 17 04

Previous post

Habuan Toyota Vios SE untuk pengunjung bertuah

Next post

Harga BMW M3 E30 Sekarang Sudah Mahal Gila

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *