Berita Auto

3-Eleven 430 Jentera Lotus Paling Ekstrem

Pengeluaran Lotus 3-Eleven yang dilancarkan pada 2015 bakal dihentikan tidak lama lagi dan sebagai tanda selamat tinggal, model edisi terhad 3-Eleven 430 telah diperkenalkan. Hanya 20 unit akan dihasilkan dengan harga £102,000 (RM556,379) setiap satu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

3-Eleven 430 dijana oleh enjin supercharge 3.5-liter V6 yang menghasilkan 430 hp dan 440 Nm. Dengan transmisi manual enam kelajuan, model ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 290 km/j.  Untuk perbandingan, 3-Eleven yang mempunyai 410 hp dan 410 Nm memerlukan 3.4 saat dan hanya mencapai 280 km/j.

Ia dilengkapi dengan ‘limited-slip differential’ Torsen, dengan peredam Ohlins dan anti-roll bar Eibach di bahagian hadapan dan belakang. Traction Control enam posisi yang disambungkan terus ke ECU juga memastikan pengendalian yang mengagumkan.

lotus-3-eleven-430 (2)

Selain itu, ciri aerodinamik juga dipertingkatkan dengan spoiler belakang dan splitter hadapan. Lantai yang rata serta diffuser belakang yang membantu meningkatkan ‘downforce’ sebanyak 44 kg kepada 265 kg pada kelajuan maksimum.

Untuk menunjukkan yang ia betul-betul pantas, Lotus telah menguji 3-Eleven 430 di litar ujian Hethel, di mana ia mencatat rekod baru iaitu 1 minit 24 saat, 0.8 saat lebih pantas dari Exige Cup 430 dan dua saat lebih laju dari 3-Eleven.

lotus-3-eleven-430 (1)

 

Previous post

Shell FuelSave Diesel Euro 5 Dilancarkan di Sarawak

Next post

Kereta Elektrik SsangYong e-SIV Miliki Jarak Pemanduan 450 km

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *