500,000 Baucer Go Shop Bernilai RM10 Juta Untuk Pelanggan BHPetrol
Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) dan GO SHOP Malaysia memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan lebih daripada 500,000 baucar Go Shop bernilai RM20 setiap satu di stesen BHPetrol yang mengambil bahagian yang mempunyai kedai-kedai BHPetromart.
Pelanggan boleh membeli bahan api dan barangan (tidak termasuk Touch n ‘Go, perkhidmatan e-Pay dan tembakau) dengan nilai minima RM30 setiap transaksi dari 8 hingga 18 Februari 2018 untuk melayakkan menerima baucar RM20 Go Shop.
Baucar RM20 boleh ditebus di laman web rasmi Go Shop atau aplikasi mudah alih Go Shop, dengan memasukkan kod promo unik di belakang baucar. Baucar sah sehingga 31 Mac 2018.
10 pelanggan bertuah yang berjaya menebus baucar Go Shop juga akan memenangi baucar BHPetrol bernilai RM1,000 setiap satu, manakala 43 pelanggan lagi akan berpeluang untuk memenangi produk bernilai RM10,000 dari Go Shop.
No Comment