Berita Auto

AMG GT R Edo Competition Lebih Berkuasa

Setakat ini, Mercedes-AMG GT paling berkuasa yang ditawarkan adalah versi R yang mempunyai 577 hp dan 699 Nm. Ia boleh dikatakan sudah cukup tinggi namun syarikat talaan terkenal iaitu Edo Competition berpendapat sebaliknya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Untuk itu, syarikat talaan itu telah memperkenalkan kit prestasi yang dibangunkan khas untuk GT R. Dengan kit tersebut, enjin M178 4.0-liter V8 biturbo kini menghamburkan 651 hp dan 780 Nm, 74 hp dan 81 Nm lebih tinggi berbanding model standard. Edo tidak mendedahkan masa pecutan 0 hingga 100 km/j, namun menyatakan bahawa jentera itu mampu mencapai kelajuan maksimum 340 km/j.

edo-competition-mercedesamg-gt-r (2)

Bukan itu sahaja, casis juga perlu dipertingkatkan untuk menangani kuasa yang lebih tinggi. GT R ini kini lebih rendah sebanyak 22 mm di hadapan dan 20 mm di belakang. Ini bukan sahaja membuatkan jentera itu tampil lebih garang, malah memberikan pengendalian yang lebih ‘melekat’ terutamanya di selekoh.

edo-competition-mercedes-amg-gt-r (1)

Syarikat itu juga tidak menyatakan harga bagi kit ini, namun jika anda mampu untuk memiliki jentera seperti AMG GT R, apalah sangat kos naik taraf prestasi seperti ini.

edo-competition-mercedes-amg-gt-r

 

Previous post

Alfa Romeo Stelvio Quadrifoglio Berharga Lebih USD80,000

Next post

Audi SQ5 Talaan ABT Sportsline

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *