Berita Auto

Audi SQ5 Talaan ABT Sportsline

Syarikat talaan yang begitu sinonim dengan jenama Audi dan Volkswagen iaitu ABT Sportsline telah memperkenalkan pakej naik taraf terbaru untuk Audi SQ5.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia bermula dari bahagian luar, di mana kit badan ‘widebody’ yang merangkumi skirt depan dan belakang serta fender yang lebih lebar membuatkan SUV itu nampak jauh lebih agresif berbanding versi standard.

audi-sq5-by-abt (1)

Kit tersebut juga merangkumi paip ekzos gentian karbon bagi menggantikan kemasan krom yang digunakan untuk menyembunyikan ekzos sebenar pada model standard. Pelanggan yang inginkan penampilan lebih sporty boleh memilih untuk mendapatkan spoiler belakang.

Menurut ABT, penggunaan kit badan ‘widebody’ secara tidak langsung memberi ruang kepada rim 22 inci yang didatangkan dalam tiga rekaan iaitu GR, DR dan FR. Bagaimanapun, untuk mereka yang selesa dengan rim lebih kecil, ABT menawarkan rim aloi bersaiz 20 dan 21 inci.

audi-sq5-by-abt (3)

Bagi memastikan ia tidak kelihatan kekok, ABT turut memasukkan suspensi dengan spring ‘coilover’ yang boleh menurunkan ketinggian kenderaan sebanyak 35 hingga 60 mm.

Bahagian kabin SQ5 pula didatangkan dengan butang penghidup enjin ABT dan pelindung tombol gear yang diperbuat daripada gentian karbon sebenar. Apa yang menarik, logo ABT akan terpancar ke tanah apabila anda membuka pintu.

audi-sq5-by-abt (2)

Penampilan SQ5 yang lebih garang ini dipadankan dengan peningkatan kuasa sebanyak 71 hp, menjadikan jumlah kuasa keseluruhan 425 hp dan 550 Nm. Ini dilakukan dengan memasang unit kawalan enjin yang dibangunkan sendiri oleh ABT pada enjin 3.0-liter turbo milik model tersebut.

Previous post

AMG GT R Edo Competition Lebih Berkuasa

Next post

Syarikat Dari India Hasilkan Motosikal Elektrik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *