Barisan Isuzu D-Max Dipertingkatkan
Isuzu Malaysia dengan rasminya telah melancarkan Isuzu D-Max baharu dengan naik taraf dari segi dalaman dan luaran serta pilihan warna terkini.
D-Max Premium (termasuk 3.0L and 2.5L) dan D-Max Z-Prestige sekarang dilengkapi dengan sistem infotainmen bersama panel paparan 8.0 inci. Ia digabungkan dengan navigasi GPS, Smart Mirroring, Wi-Fi, USB, iPod, Bluetooth dan lain-lain.
Ini menjadikan skrin lebih mesra pengguna dan lokasi terbina bilik pameran Isuzu membolehkan pelanggan mencari bilik pameran ini bagi mendapatkan perkhidmatan dengan mudah.
Bagi ciri baharu yang lain, dulang kargo gelongsor dipasangkan pada varian D-Max Z-Prestige. Ia adalah pilihan untuk seluruh varian D-Max yang lain dan pelanggan boleh memilih untuk mempunyai aksesori ini. Dulang kargo boleh dialih kepada pintu bahagian belakang, membolehkan pengguna mendapat kembali barangan dengan lebih senang.
Ia juga mengurangkan insiden kecederaan dan sakit belakang kerana pengguna boleh mengangkat berat dengan jarak yang dekat kepada badan.
Kerusi kulit baharu juga dipasangkan pada D-Max Premium AT (3.0L) dan D-Max Z-Prestige. Ia mempamerkan reka bentuk sporty kontemporari dengan bentuk geometri segi empat tepat.
Warna baharu Ungu ‘Cavalry Mica’ akan menggantikan warna lama iaitu Biru ‘Nautilus Mica’. Warna ini kelihatan kehitaman di bawah keadaan gelap sementara ungu gelap di bawah cahaya matahari.
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Masayuki Suzuki berkata, “D-Max yang dipertingkatkan ini mengekalkan nilai teras kami (kecekapan bahan bakar, ketahanan, dan kebolehpercayaan) dan penambahbaikan luaran dan dalaman dibuat mengikut keperluan pengguna supaya ia dapat diterima dengan baik oleh pengguna di Malaysia”.
No Comment