Benelli TNT 135 LE (Edisi Terhad) Dilancarkan – RM9,988
MForce Bike Holdings, pengedar rasmi motosikal Benelli di Malaysia, telah melancarkan TNT 135 LE yang terhad kepada 1,000 unit sahaja. Didatangkan dengan pelbagai aksesori tambahan, ia dijual pada harga RM9,988 termasuk GST, tanpa insurans.
‘Fun bike’ ini tampil lebih agresif dengan aksesori berwarna merah iaitu tuil brek dan klac, pelindung bar hendal, penutup takungan cecair brek hadapan, pelindung enjin, penutup tangki minyak, penutup penapis minyak, ‘axle bar’ dan pemijak kaki.
Turut disertakan adalah penutup ekzos ala gentian karbon dan pelekat grafik. Ia ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu merah, hitam dan putih.
Seperti varian biasa, TNT 135 LE menampilkan enjin satu silinder bersesaran 134.7 cc dengan dua palam pencucuk yang menghasilkan 12.6 hp pada 9,000 rpm dan 10.8 Nm pada 7,000 rpm. Ia dipadankan dengan transmisi manual lima kelajuan.
No Comment