BMW Luxury Excellence Pavilion dan Concept 8 Series Kini di Malaysia
BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW Luxury Excellence Pavilion di Malaysia, sekali gus mendedahkan kewujudan jenama dan keterujaan terhadap kenderaan mewahnya buat pertama kali di negara ini. Ekspresi dan kewujudan jenama baharu ini boleh dirasai secara eksklusif bermula Khamis, 22 Februari 2018 hingga Rabu, 7 Mac 2018.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, “Kami sangat berbesar hati kerana dapat berkongsi kewujudan jenama yang baru dan ekspresi terhadap kenderaan mewah kami di BMW Luxury Excellence Pavilion. Dari Toronto, Kanada ke Malaysia, kami harap dapat berkongsi visi tentang tarikan kemewahan jenama ini menerusi satu program penuh pengalaman yang pertama seumpamanya. Sekali gus menjelaskan bagaimana kami mendefinisikan kembali idea mengenai kemewahan moden dalam industri automotif.”
Pada acara yang sama, syarikat itu juga mengambil peluang untuk memperkenalkan Concept 8 Series buat pertama kalinya, bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara.
Menyentuh tentang Concept 8 Series, Han menyatakan bahawa ia menjadi bukti terhadap model masa depan BMW iaitu 8 Series Coupé yang dijangka dilancarkan pada tahun ini sebagai sebahagian daripada tawaran paling menarik dalam sejarah jenama tersebut.
Walaupun ia pantas dikenali sebagai sebuah BMW, kereta konsep itu juga tampil dengan idea-idea reka bentuk dan teknik binaan yang baru seperti gril ‘kidney’ dan corong udara yang besar, lampu lazer yang nipis serta lampu berbentuk ‘L’ di bahagian belakang.
No Comment