BMW M5 (F90) Kini Dalam Need for Speed No Limits
Berita baik untuk pemain Need for Speed No Limits! Anda kini berpeluang untuk memandu BMW M5 baharu (F90) dalam permainan telefon pintar popular tersebut.
Bagaimanapun, sedan berprestasi tinggi itu merupakan model tambahan yang hanya boleh digunakan dalam acara Xtreme Racing Championship yang berlangsung dari 2 hingga 9 Februari. Pemenang acara tersebut boleh ‘membuka’ atau ‘unlock’ model tersebut secara kekal.
M5, yang merupakan model terpantas dalam kategori Sport permainan itu, menyertai tiga lagi model BMW yang sedia ada iaitu M3 (1999), M4 Coupe (2014) dan M2 Coupe (2015). Apa yang menariknya, penambahan ini secara tidak langsung memberi orang ramai peluang untuk merasai pengalaman ‘memandu’ M5 sebelum ia memasuki pasaran pada bulan Mac ini.
No Comment