BMW Memperkenalkan X4 Generasi Kedua
BMW X4 generasi kedua telah didedahkan dan bakal membuat penampilan sulungnya dii acara Geneva Motor Show 2018 yang berlangsung pada Mac ini.
Berikut adalah senarai pembaharuan yang ada pada model Sports Activity Coupe ini:
- Kini 81 mm lebih panjang, 37 mm lebih lebar dengan jarak roda 54 mm lebih panjang berbanding model sebelum ini. Pusat graviti lebih rendah untuk pemanduan lebih sporty.
- Berat menurun sehingga 50 kg manakala pekali seret (Cd) turut berkurang sehingga 0.30.
- Didatangkan standard dengan lampu bi-LED (LED ‘iconlight’ sebagai pilihan), lampu kabus LED, ‘tailgate’ automatik dan corong udara aktif.
- Empat warna luaran baharu – Phytonic Blue, Sparkling Storm, Flamenco Red dan Sunstone Metallic.
- Kabin menampilkan roda stereng dan tempat duduk rekaan terkini, kluster instrumen 12 inci baharu dan skrin sentuh berukuran 10.25 inci dengan fungsi kawalan isyarat (gesture control).
- Mempunyai tiga varian iaitu xLine, M Sport X dan M Sport. Masing-masing dengan tahap kelengkapan tersendiri.
- Ditawarkan dengan tiga pilihan enjin petrol dan tiga pilihan enjin diesel dengan kuasa dari 184 hp hingga 360 hp. Dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan dan sistem pacuan semua roda xDrive.
- Juga boleh didapati dalam dua versi M Performance iaitu M40i dengan 360 hp/500 Nm dan M40d dengan 326 hp/680 Nm.
- Antara naik taraf casis yang ada termasuklah Variable Sport Steering, Performance Control, suspensi Adaptive M, M Sport Differential dan brek M Sport.
- Turut disertakan adalah sistem bantuan pemandu Driving Assistant Plus dan Lane Keeping Assistant dengan perlindungan perlanggaran sisi.
No Comment