Berita Auto

BMW Oil Inclusive Programme Kini Ditawarkan dengan Pelan Bayaran Ansuran Maybank

BMW Oil Inclusive Programme yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia kini ditawarkan ke atas semua kenderaan BMW menerusi pelan pembiayaan ansuran Maybank. Para pemegang kad Maybank kini boleh menikmati tempoh pembayaran ansuran selama 6 hingga 12 bulan melalui cara Ezypay dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500. Pelan bayaran ansuran bulanan ini boleh digunakan untuk semua transaksi selepas jualan termasuklah servis kenderaan, lanjutan jaminan dan pakej servis, pembaikan, badan dan cat, alat ganti dan aksesori serta barangan gaya hidup.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Program tersebut membolehkan pemilik BMW melanjutkan servis kenderaan mereka dalam tempoh tahun atau perbatuan tertentu pada harga yang kompetitif bersama pilihan 5 tahun/60,000 km atau 5 tahun/100,000 km. Sebagai contoh, sebuah 1 Series yang didaftarkan pada tahun 2013 yang kini sudah tamat program servis dan jaminan dengan perbatuan sekarang ialah 70,000km. Dengan mendapatkan BMW Oil Inclusive Programme 5 tahun / 100,000 km, ia akan membolehkan pemilik terus menikmati program servis berjadual percuma untuk sehingga tahun 2023 atau 170,000 km.

Jadual di bawah menunjukkan anggaran kos bagi setiap servis mengikut model. Ia dikira berdasarkan kepada purata selang servis sejauh 10,000 km, mungkin berbeza mengikut tarikh pengeluaran kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.

Masa / Perbatuan(tahun – km) 5 tahun / 60,000 km 5 tahun / 100,000 km
BMW 1 & BMW 2 Series RM 494 RM 342
BMW M2 RM 812 RM 548
BMW 3 & BMW 4 Series RM 519 RM 362
BMW M3 & BMW M4 RM 812 RM 548
BMW 5 Series RM 544 RM 377
BMW M5 RM 1097 RM 744
BMW 6 & BMW 7 Series RM 645 RM 447
BMW M6 RM 1097 RM 744
BMW X1 RM 503 RM 347
BMW X3 & BMW X4 RM 519 RM 362
BMW X5 & BMW X6 RM 595 RM 412
BMW X5M & BMW X6M RM 1080 RM 734
BMW Z4 RM 511 RM 352
BMW I8 RM 503 RM 347

Dengan BMW Oil Inclusive Programme, pemilik boleh menikmati harga tetap untuk 5 tahun akan datang dan ketenangan minda kerana kenderaan mereka akan diselenggara oleh juruteknik bertauliah BMW dengan pengetahuan, teknologi serta peralatan terkini.

Previous post

Ford ‘Driving Skills for Life for Her’ Membantu Kaum Hawa Arab Memandu

Next post

Hafizh Syahrin Pelumba Malaysia Pertama Beraksi Dalam MotoGP

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *