Edaran Tan Chong Motor Perkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer Baharu
ETCM hari ini melancarkan NISSAN X-Trail X-Tremer baharu, sebuah modelavant-garde X-Trail.
X-Trail X-Tremer itu hadir dalam dua tona warna merah (passion red) baharu bersama komponen-komponen yang digelapkan termasuklah bumbung dengan siluet hitam baharu, rel bumbung hitam baharu, spoiler belakang, cermin sisi berwarna hitam dan rim aloi lima jejari bersaiz 17” hitam berkilat. Dipertingkatkan dengan kemasan X-Face pada bahagian hadapan untuk menyerlahkan lagi identitinya, X-Trail X-Tremer juga dipasang dengan pelindung bampar belakang berwarna krom yang baru dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam yang meningkatkan lagi sofistikasinya.
“ETCM dan NISSAN sentiasa merentasi sempadan inovasi demi memperkasakan anda untuk menjalani hidup yang mencabar. NISSAN X-Trail X-Tremer baharu ini khas buat pelanggan yang mahukan sebuah SUV Jepun yang lebih sofistikated,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan.
NISSAN X-Trail (model T32) menawarkan pengalaman pemanduan yang luar biasa dan lebih baik. Terima kasih kepada teknologi canggih Nissan Intelligent Mobility yang merangkumi Intelligent Around View Monitor untuk perspektif pandangan 360 darjah bagi menjadikan urusan memarkir dan navigasi lebih mudah. Intelligent Ride Control pula mengurangkan olengan yang dialami oleh pemandu apabila melalui laluan yang tidak rata dengan cara mengawal kuasa tork enjin dan brek, sekali gus meningkatkan keselesaan. Sistem Intelligent Engine Brake mengubah suai jumlah brek enjin untuk mengurangkan pecutan ketika mengambil selekoh atau berhenti.
Manakala Intelligent Trace Control – ciri pertama pada Nissan – berfungsi mengenakan sedikit tekanan brek ke atas roda-roda untuk mengurangkan masalah understeer. Intelligent 4×4 System (4×4-i) pula menawarkan pilihan mode tetap 2WD, Auto Mode (mode 2WD dan 4WD modes) atau Lock Mode (pacuan semua roda sepanjang masa) untuk keseronokan pemanduan yang ekstrem dan keselamatan terbaik, walaupun di atas jalan yang tidak sempurna.
NISSAN X-Trail diiktiraf dengan penarafan 5-bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu ASEAN (NCAP), selain cukup dikenali kerana prestasi, kualiti premium dan aspek keselamatan yang mendahului kelasnya.
X-Trail X-Tremer ditawarkan pada harga RM141,450 (2.0L 2WD) dan RM163,650 (2.5L 4×4-i) serta hadir bersama jaminan selama lima tahun dan perbatuan tanpa had. Sementara aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
NISSAN X-TRAIL X-TREMER | 2.0L 2WD (RM) | 2.5L 4×4-i (RM) |
Semenanjung Malaysia | 141,450 | 163,650 |
Sabah & Sarawak | 143,400 | 165,750 |
Langkawi | 102,200 | 116,850 |
Labuan | 102,850 | 117,500 |
*Harga OTR termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa Insurans
Pemilik sedia ada NISSAN X-Trail (varian Comfort/ Aero Edition/ Premium IMPUL) yang ingin menaik taraf X-Trail masing-masing boleh membeli aksesori-aksesori X-Tremer secara berasingan.
X-Tremer Optional Accessories | Harga alat ganti (termasuk GST) |
Kemasan X-Face hadapan | RM 700 |
Pelindung Bampar Belakang Krom | RM 300 |
TAWARAN HEBAT DAN MEWAH NISSAN
Sempena sambutan Tahun Baru Cina, ETCM menawarkan rakyat Malaysia dengan peluang untuk memenangi sebuah NISSAN Teana 2.5L XV pada setiap bulan mulai Januari hingga Mac 2018, AirAsia Big Points atau perkakasan elektrik premium Hitachi bernilai hampir RM600,000 melalui setiap pembelian sebuah kenderaan NISSAN baharu.
Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh menikmati Golden Fortune Bonus Set yang mengagumkan dengan model-model terpilih NISSAN bersama pilihan penjimatan sehingga RM12,000 atau promosi RM1.00 untuk pakej aksesori premium* dan rebat sehingga RM10,500*.
Maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web www.nissan.com.my atau pandu uji di mana-mana bilik pameran NISSAN di seluruh negara.
*Tertakluk kepada terma dan syarat
No Comment