Berita Auto

Ferrari 488 Pista Capai Kelajuan 100 Km/j Dalam 2.85 Saat

Ferrari telah mendedahkan Ferrari 488 Pista yang akan dipamerkan di Geneva Motor Show 2018 pada bulan Mac ini. Ia merupakan model V8 siri khas terbaru jenama itu selepas 360 Challenge Stradale, 430 Scuderia dan 458 Speciale.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Ferrari, ia dibangunkan berdasarkan pengetahuan yang diperoleh dengan jentera lumba 488 GTE dan 488 Challenge dalam kejohanan FIA World Endurance Championship.

Ferrari 488 Pista_3

Model ini mengekalkan enjin 3.9-liter V8 dwi-turbo seperti yang digunakan pada 488 GTB, namun kuasa telah dipertingkatkan secara signifikan dari 670 PS ke 720 PS manakala tork turut meningkat sebanyak 10 Nm ke 770 Nm.

Ini dilakukan menerusi beberapa penambahbaikan, seperti manifold ekzos Inconel, aci engkol dan flywheel lebih ringan dan con rod titanium. Selain itu, ia juga 90 kg lebih ringan berbanding 488 GTB dengan berat keseluruhan 1,280 kg.

Ferrari_488_Pista_Int_1

Ini nyata memberikan 488 Pista kelebihan dari aspek prestasi. Ia memerlukan 2.85 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j atau 7.6 saat untuk mencapai 200 km/j manakala kelajuan maksimumnya pula adalah melebihi 340 km/j.

Sudah tentu, aerodinamik memainkan peranan penting dalam usaha untuk mencapai kelajuan yang tinggi. Model ini menampilkan saluran-S inspirasi Formula 1, penjana vortex serta diffuser depan dan belakang yang direka berasaskan 488 GTE. Gabungan komponen-komponen tersebut menghasilkan downforce 20% lebih tinggi.

Ferrari 488 Pista_5

Kawalan kenderaan pula diambil alih oleh Side-Slip Angle Control (SSAC) 6.0 yang menggabungkan sistem E-Diff3, F1-Trac, the suspensi magnetorheological (SCM) dan buat pertama kalinya, Ferrari Dynamic Enhancer.

 

Previous post

Perodua Myvi Baharu Di Galeri Motor Daihatsu Osaka Jepun

Next post

BMW Luxury Excellence Pavilion dan Concept 8 Series Kini di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *