Berita Auto

Ford Akhiri Pengeluaran Focus RS Dengan Heritage Edition

Pengeluaran Ford Focus RS bakal dihentikan pada 6 April ini namun sebelum itu, Ford telah mengumumkan yang ia akan menghasilkan 50 unit Focus RS Heritage Edition khas untuk pasaran United Kingdom.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikeluarkan sebagai sambutan ulangtahun ke-50 Ford Escort dan kemasukan barisan RS ke UK, model edisi terhad yang dihasilkan di Saarlouis, Jerman ini didatangkan dalam warna Deep Orange dan pemanduan sebelah kanan.

Warna yang terang benderang itu dipadankan dengan angkup brek kelabu serta rim aloi, cermin sisi dan spoiler belakang yang berwarna hitam. Antara kelengkapan yang disertakan secara standard termasuklah tempat duduk separa kulit Recaro, cermin privasi, bumbung suria, sensor undur, Cruise Control dengan pengehad kelajuan serta pemanas roda stereng.

ford-focus-rs-heritage-edition (1)

Dari segi mekanikal, Heritage Edition dilengkapi dengan kit naik taraf Mountune FPM375 yang meningkatkan kuasa dari 350 PS/470 Nm ke 375 PS/510 Nm. Seperti Focus RS yang lain, ia turut menampilkan Limited-Slip Differential (LSD) Quaife pada gandar hadapan yang diintegrasikan dengan sistem pacuan semua roda (AWD), Dynamic Torque Vectoring dan Torque Vectoring Control.

Focus RS Heritage Edition dijual pada harga £39,895 (RM216,057), iaitu £7,220 (RM39,100) lebih mahal berbanding model biasa.

Previous post

BMW Memperkenalkan X4 Generasi Kedua

Next post

Mengapakah Proton Masih Pedulikan PEKEMA?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *