Berita Auto

Honda Civic Type R Versi BTCC

Rekaan Honda Civic Type R sudah cukup agresif untuk penggunaan harian, namun untuk kejohanan berprestij seperti British Touring Car Championship (BTCC), sentuhan menarik seperti yang dilihat dalam gambar ini membuatkan ia lebih menonjol ketika berlumba.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Jentera lumba serba hitam ini sedang menjalani sesi ujian selama seminggu di Parcmotor Castellolí, Barcelona bersama dengan pasukan Halfords Yuasa Racing sebagai persiapan menghadapi BTCC yang akan bermula pada bulan April ini.

??????????????????????????????????????????????????????????????????

Ia dilihat memakai kit ‘widebody’ berserta lip spoiler hadapan dan spoiler belakang ala GT yang lebih menonjol. Ia bagaimanapun tidak mempunyai tiga lubang ekzos sebagaimana yang terdapat pada versi jalanan.

??????????????????????????????????????????????????????????????????

Selari dengan peraturan Next Generation Touring Car yang terkini, jentera ini menggunakan enjin 2.0-liter empat silinder dengan lebih 350 hp dan kotak gear ‘sequential’ enam kelajuan.

??????????????????????????????????????????????????????????????????

Ia akan dikendalikan oleh Matt Neal, juara tiga kali BTCC dan pemandu baharu iaitu Dan Cammish.

 

Previous post

Nissan Terra Diperkenalkan

Next post

McLaren Senna Carbon Theme

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *