Berita Auto

Kereta Elektrik SsangYong e-SIV Miliki Jarak Pemanduan 450 km

Geneva Motor Show 2018 pada bulan Mac ini bakal disertai oleh pelbagai pengeluar kenderaan terkemuka, termasuk SsangYong yang akan mempamerkan kereta konsep e-SIV (Electronic Smart Interface Vehicle).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia merupakan kereta elektrik konsep kelima yang dipamerkan oleh pengeluar dari Korea Selatan itu, selepas KEV1 (2010), KEV2 (2011), e-XIV (2012), dan Tivoli EV-R di Geneva pada 2015.

Menurut SsangYong, e-SIV adalah model strategik yang dibangunkan sebagai tanda pendekatan jenama itu terhadap kenderaan elektrik dan pemanduan autonomi.

ssangyong-e-siv-concept-teaser (1)

Ia dikatakan mempunyai penampilan sporty dengan reka bentuk kompak, seimbang dan dinamik. Dari segi dimensi, e-SIV berukuran panjang 4,460 mm, lebar 1,870 mm dan tinggi 1,630 mm, manakala jarak roda (wheelbase) adalah 2,675 mm.

Kuasa dibekalkann oleh motor elektrik berkapasiti 140 kW yang memberikan e-SIV jarak pemanduan sehingga 450 km dengan kelajuan maksimum 150 km/j. Motor elektrik tersebut menampilkan pengecasan pantas yang boleh membekalkan 80% tenaga dalam masa 50 minit.

ssangyong-e-siv-concept-teaser (2)

 

Previous post

3-Eleven 430 Jentera Lotus Paling Ekstrem

Next post

Penebusan Baucar BHPetrol Dan Go Shop Berakhir 31 Mac Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *