Lotus Merancang 2 Kereta Sukan & 1 SUV Baharu
Menjelang 2020 Lotus Cars yang dibeli oleh China Geely Holding Group tahun lepas akan memasarkan SUV dan 2 kereta sukan baharu. Lotus belum melancarkan kereta baru sejak Evora masuki produksi pada tahun 2009. Syarikat itu juga gagal mencatatkan keuntungan dalam beberapa tahun kebelakangan ini kerana para pembeli bertukar dari kereta sukan ke crossover dan SUV.
Lotus membina kereta tahap kemasukkan Elise, kereta bertumpu trek Exige dan Evora, saingan untuk Porsche 911. Ia juga ada 3-11, sebuah kereta trek tanpa bumbung dengan tahap prestasi supercar. Salah satu daripada dua kereta sukan baru akan menggunakan versi terbaru dari platform aluminium terikat sedia ada, manakala model yang lebih mahal akan menggunakan ‘tub’ serat karbon di mana kereta itu akan dibina.
Kereta ini berkemungkinan di posisikan di atas Evora dan akan ditujukan kepada pelanggan yang mahukan pengalaman memandu yang lebih ekstrim. Untuk membantu membangunkan dua kereta sukan dan SUV, Lotus akan mengambil 300 pekerja baru tahun ini. Mereka akan bekerja di pangkalannya di Norfolk, timur England. Pengembangan itu akan meningkatkan Lotus kepada 1,100 pekerja.
Lotus Cars menunjukkan aliran tunai positif tahun lepas dengan pendapatan sebanyak 24% kepada lebih daripada 100 juta pound (USD142 juta). Firma itu meramalkan 2018 menguntungkan.
No Comment