Mazda MPS Akan Bersara
Kenalkah anda dengan hot-hatch Mazda3 dengan enjin turbo-petrol 2.3 liter dengan tork standard 380Nm? Ianya berlencana MPS – Mazda Performance Series dan adalah satu-satunya hot-hatch langka yang mempunyai pengikut setia yang kukuh di Malaysia dan di mana sahaja ianya dijual di seluruh dunia. Malangnya, papan nama MPS telah bersara dan Mazda tidak mempunyai rancangan untuk memulihkan MPS dengan Mazda3 generasi akan datang. Sedih sekali. Tetapi …
Ini bermakna, nilai Mazda MPS yang sekarang akan tetap stabil dan pemiliknya perlulah mencari tempat lain jika mereka mahu upgrade.
Atau sebagaimana pemilik ini selalu menyebut, “Pakai sampai habislah!”
Di pasaran Amerika ianya dikenali sebagai Mazdaspeed3 dan ianya telah menerima pelbagai anugerah sejak pengelurannya, memenangi senarai 10 Terbaik Car and Driver bagi 2007, 2008, dan 2010; ianya juga kereta All Star 2007 All Star Magazine dan juga telah menerima banyak lagi penghargaan.
No Comment