Berita Auto

Mercedes-Benz C-Class Facelift Setanding Dengan E- dan S-Class

C-Class adalah antara produk Mercedes-Benz paling laris dengan jualan melebihi 415,000 unit di peringkat global pada tahun lalu. Dengan pelbagai teknologi terkini dan barisan enjin yang lebih berkuasa dan cekap, model facelift ini dijangka akan menerima sambutan yang sama dari pelanggan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perubahan dari segi reka bentuk tidak begitu ketara, namun jika diperhatikan C-Class kini didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED secara standard. Pelanggan bagaimanapun boleh memilih untuk mendapatkan LED Intelligent Light System.

2019-mercedes-benz-c-class-sedan (1)

Varian AMG Line pula menampilkan jeriji berlian yang dipadankan dengan bampar AMG dan diffuser pada bampar belakang. Selain itu, terdapat dua warna baharu iaitu Mojave Silver Metallic dan Emerald Green Metallic berserta rim standard ‘twin five spoke’ bersaiz 17  inci.

2019-mercedes-benz-c-class-sedan (3)

Tumpuan utama di dalam kabin adalah paparan digital bersaiz 12.3 inci seperti yang ada pada S-Class. Ia juga boleh didapati dengan skrin COMAND bersaiz 10.25 inci selain dari paparan 7 inci yang didatangkan standard. Roda stereng juga baharu, kini dengan butang kawalan sentuh yang membolehkan pemandu mengawal fungsi-fungsi yang terdapat pada kluster instrumen dan sistem infotainment.

2019-mercedes-benz-c-class-sedan (4)

C-Class juga didatangkan dengan sistem bantuan pemandu Intelligent Drive dengan pemanduan semi-autonomi seperti yang ada pada E-Class. Kamera dan sistem radar yang dipertingkatkan membolehkan model ini ‘melihat’ sejauh 1,640 kaki. Ia juga menggunakan peta dan navigasi untuk menyokong pemandu dalam pelbagai situasi. Contohnya, memperlahankan kenderaan ketika tiba di selekoh atau simpang.

2019-mercedes-benz-c-class-sedan (5)

Ciri-ciri baharu yang lain termasuklah Active Lane Change Assist, Active Emergency Stop Assist, Active Brake Assist dan sebagainya. Dari segi sistem multimedia, model ini menyediakan dua port USB, pembaca kad SD, Bluetooth serta antaramuka media. Sistem COMAND terkini menggunakan navigasi 3D.

2019-mercedes-benz-c-class-sedan (2)

C-Class masih menggunakan khidmat enjin turbo 2.0-liter empat silinder, namun kuasa telah dipertingkatkan dari 241 hp ke 255 hp dan 370 Nm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi automatik sembilan kelajuan 9G-Tronic.

Previous post

Akan Datang! BMW X4 2018 ... Tonton Videonya!

Next post

Kemalangan Di Singapura? Pergi Sini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *