Berita Auto

MINI Malaysia Lancar 2 Model Edisi Terhad

MINI Malaysia hari ini memperkenalkan dua model edisi terhad terbaharu iaitu MINI Urbanite Edition yang berasaskan Cooper 5 Pintu dan MINI Amplified Edition yang dibangunkan berasaskan Cooper S 3 Pintu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

MINI Urbanite Edition

Menyerlahkan gaya jalanan, Urbanite Edition menampilkan lampu LED tambahan, satu sentuhan moden kepada Mini klasik dalam acara Monte Carlo Rallye, rim Victory Spoke bersaiz 16 inci. kemasan lampu dan gril berwarna hitam Piano Black serta jalur perlumbaan.

MINI Urbanite Edition (4)

Edisi ini ditawarkan dalam warna hitam Midnight Black dengan jalur perlumbaan berwarna merah Red Racing Stripes, merah Blazing Red atau putih Pepper White dengan jalur perlumbaan berwarna hitam Black Racing Stripes.

MINI Urbanite Edition (3)

Mengambil pendekatan luaran garang yang sama, pemilik boleh mendapatkan John Cooper Works Colour Line dalam warna merah Glowing Red untuk dengan kemasan bumbung berwarna hitam untuk bahagian dalam Urbanite Edition. Ia juga menampilkan roda stereng sport berbalut kulit. Selain ciri standard seperti Bluetooth dan USB pada MINI Connected, ia kini dilengkapi sistem kamera undur bersama garis dan penanda halangan.

MINI Urbanite Edition (5)

Urbanite Edition dikuasakan oleh enjin 1.5-liter tiga silinder yang menghasilkan 136 hp dan 220 Nm. Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa hanya 8.1 saat dengan pecutan maksimum 207 km/j, tetapi hanya menggunakan sekitar 5 liter bahan api bagi setiap 100 km.

MINI Amplified Edition

Sementara itu, Amplified Edition pula dilengkapi dengan kit aerodinamik John Cooper Works (JCW) yang merangkumi gril berwarna hitam yang sepadan dengan kemasan pada lampu utama dan lampu belakang, serta spoiler belakang yang menyerlah. Rim JCW Track bersaiz 17 inci dan jalur perlumbaan memberikan hatchback ini sentuhan tersendiri.

MINI Amplified Edition (2)

Versi ini boleh didapati dalam warna hitam Midnight Black dengan jalur merah, merah Chilli Red atau putih Pepper White bersama jalur perlumbaan berwarna hitam.

MINI Amplified Edition (1)

Ruang dalaman menampilkan gabungan tempat duduk perlumbaan John Cooper Works dan perehat kepala dibalut dengan kulit Alcantara. Selain ‘headliner’ berwarna Anthracite, edisi ini juga dilengkapi kemasan eksklusif baharu dalam warna merah Glowing Red yang sebelum ini hanya ada pada model John Cooper Works.

MINI Amplified Edition (7)

Dari segi prestasi, Amplified Edition menawarkan 211 hp dan 300 Nm, hasil dari penggunaan kit talaan John Cooper Works dan John Cooper Works Valve Silence System baharu. Ia membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa kurang 6.7 saat dengan kelajuan maksimum 233 km/j.Bagi membuatkan kehadiran anda lebih disedari dengan bunyi ekzos garang, ia juga didatangkan dengan mode Track yang boleh diaktifkan melalui butang kawalan jauh Bluetooth.

MINI Amplified Edition (5)

Kedua-dua model edisi terhad ini hadir bersama jaminan selama 4 tahun dengan perbatuan tanpa had serta servis berjadual secara percuma. Harga runcit (di atas jalan untuk pendaftaran peribadi, tanpa insurans) ialah RM198,888 untuk Urbanite Edition dan RM248,888 untuk Amplified Edition.

 

Previous post

Rezvani Beast Alpha X Blackbird Ambil Inspirasi Dari Pesawat

Next post

BMW Akan Melancarkan 2-Series Gran Coupe Tahun 2019 Nanti

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *